Wednesday, September 23, 2009

Strawberry cheese cake



Buat pertama kalinya aku belajar membuat kek di kelas di LMC Rawang. Chef tu cuma demo aje. Balik rumah, aku cuba nak buat macam mana chef tu buat. Berdebar bila first time buat kek ni.... kalau-kalau tak jadi. Alhamdulillah, walaupun decorationnya tak begitu cantik, rasanya tetap sama dengan apa yang aku belajar tu. Sekarang ni kira ok le sebab dah banyak kali buat...

Apam madu

Kalau boring, ni ler kerja aku.. especially cuti sekolah... apa jer stok yang ada aku belasah.Apam madu ni mulanya jiran aku yang hantar kat umah. Sedap pulak rasanya. So, apa lagi aku minta le resipi kat dia. First try dah jadi..bersemangat lagi aku nak buat.. selain tu aku suka saiznya yang cute tu. Bagi aku memasak adalah satu cara aku mengurangkan stress...

Saturday, September 5, 2009

chocolate cheese brownies








Ni pulak chocolate cheese brownies. Yang ni beratnya lebih kurang 2kg , RM55 tapi kalau nak 1kg pun boleh, cuma RM30 jer.... Setakat ni apa yang aku publish ni memang selalu orang tempah..

cheese carrot cake


Cheese carrot cake ni memang sedap... ala-ala secret receipe! Mula-mula tengok resipi dalam buku... lepas tu aku adjust sendiri.. walnutnya aku tambah ikut selera aku. Memang decoration tak berapa cantik, yang penting? rasa mesti sedap. Kat sekolah kek ni selalu diaorang tempah RM45 je.

Triangle blueberry roll


Triangle blueberry roll ni pun Kak Nab yang ajar... sangat-sangat berterima kasih kat dia.... Kek ni juga orang selalu tempah. Kalau nak ikut memang ramai yang tempah tapi aku ni bekerja, kena ikut masa juga..kalau cuti sekolah insyaallah no problem...harganya cuma RM36 je....

Banji roll



Terima kasih pada Kak Nab yang mengajar buat banji roll ni. Ingat lagi masa tinggal di Lembah Keramat, sanggup amik cuti nak siapkan tempahan. Masa tu, guna mixer yang biasa-biasa 3 kali meletup sebab tak berhenti putar... at last beli kenwood mixer, alhamdulillah sampai sekarang masih berfungsi. Sekarang ni aku tak masalah amik tempahan.... harganya cuma RM35....